Dari Nabi Muhammad s.a.w.,
"Pada waktu malam saya diisra’kan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat,
antaranya :
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia
kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk
engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah
kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari
syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerena
sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerena
sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim
bin Adham berkata, " Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya
tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka,
berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut
kepada Allah s.w.t..Lalu mereka
berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu
harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan
sangat kata-kata hemat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia
janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu
harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat
akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang
zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keridhaan manusia janganlah
kamu harapkan sangat akan keridhaan Allah
s.w.t. daripadanya."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar