Dalam
sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di
Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang
melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting.
Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila
seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun
yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah s.a.w. mengatakan : "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Sabda Rasulullah s.a.w. mengatakan : "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya
lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam
istilah 'muallaf. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji
batu lalu berkata pada batu itu : "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahwa
aku bersumpah bahwa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah
dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu
itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang
kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya
oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam
neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada
pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang
dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab
telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka
tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para
malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak
berjaya kerana batu mengikut ke mana saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat
yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat
tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di
pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mau menerimanya kerana ada batu
yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu
daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di
situlah Allah s.w.t. berfirman
yang bermaksud : "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang
engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu.
Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi
'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam
syurga." Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu
syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat
yang diucapkannya dahulu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar