Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah
s.a.w. bersabda : " Sesiapa
yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah s.w.t. akan memberi kepadanya pahala 10,000
malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan
diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati
syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari
tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut
satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada
seluruh ummat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan
perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah sa.w.: " Ya Rasulullah s.a.w., adakah Allah s.w.t. telah melebihkan hari Aasyura daripada
hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah
s.a.w.: " Ya, memang benar, Allah
Taala menjadikan langit dan bumi
pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit
pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,
lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah s.w.t.menyelamatkan Nabi Ibrahim
dari api juga pada hari Aasyura, Allah
s.w.t. menenggelamkan Fir'aun
pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam pada hari
Aasyura, Allah s.w.t. mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari
Aasyura, Allah s.w.t.mengembalikan
kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu
juga pada hari Aasyura !".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar