Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari
ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah
s.a.w. kerana hendak memeluk
agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata
: "Ya Rasulullah. Sebenarnya
hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab : "Maukah engkau
berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya
berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulang ke
rumahnya.
Menurut
riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai
seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman
keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk
meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah s.a.w. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu."
Maka
setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawaban kamu nanti apabila ditanya
oleh Rasulullah s.a.w. Sanggupkah
engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat
hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah s.a.w. dan setiap kali pulalah hatinya
berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah
s.a.w. bererti aku telah
mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar berarti aku
akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam
pesanan Rasulullah s.a.w. itu terkandung sebuah hikmah yang
sangat berharga."
Setelah
dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam
perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari
hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan
kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Hingga ke akhirnya dia telah berubah
menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar