Abu
Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w.memberitahu tentang
kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah
s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang
kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia
akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu
kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah
kamu?"
Maka
berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga
telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang
hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu:
"Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang
yang pernah membaca mengadap Allah
s.w.t. Lalu orang itu diberi
kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan
yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami
tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak
kamu telah mempelajari Al-Quran."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar