Dosa
manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki
sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan
oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati
terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai
pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu
hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah
Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang
wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika
disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum
khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih
kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh
itu lalu memilih minum khamar tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang
memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk
dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala
kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu
dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk
mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai
akhir hayatnya, ia akan kekal di neraka."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar