Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh
bercakap terus dengan Allah
s.w.t. Setiap kali dia hendak
bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan
bercakap dengan Allah s.w.t..
Nabi Musa sering bertanya dan Allah
s.w.t. akan menjawab pada waktu
itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti
yang akan berjiran dengan aku?". Allah
s.w.t pun menjawab dengan
mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat
jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikuti tempat
yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga
Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di
situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam
beliau dipersilahkan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak
melayani Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.
Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi
itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal
ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan
baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian
dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi
dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga
dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium
dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayani Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama
kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu yaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu."
Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu.
"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka
telah melakukan dosa yang besar, Allah
s.w.t. telah menukarkan rupa
mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah
s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak.
Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku seperti mana yang tuan hamba
lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan
tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon
supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi
manusia yang sebenarnya, tetapi Allah
s.w.t. masih belum mengabulkan
lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil
baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah
buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan
maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah s.w.t. juga
berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerena dia telah berada di maqam
anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat
doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan
ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat
menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga
hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke
peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua
ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan
penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan
kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah
s.w.t. supaya kedua ibubapa kita
diampuni Allah s.w.t. Doa anak
yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat,
inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Arti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya
bukan melalui hantaran uang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua
ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang
terbaik di sisi Allah s.w.t.Untuk
mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat silahkan dapatkan buku terbitan
syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA
IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL
Tidak ada komentar:
Posting Komentar